Posts

Showing posts from November, 2016

Home Network VS Business Network

Image
Home Network Home network menjimatkan wang home user dan meyediakan banyak kemudahan. Setiap komputer dan peranti mudah alih network di rumah yang berada dalam home network mempunyai keupayaan berikut: Bersambung dengan Internet pada masa yang sama Berkongsi satu Internet berkelajuan tinggi  Mengakses gambar, muzik, video dan kandungan yang lain pada komputer dan peranti seluruh rumah Berkongsi peranti seperti printer, scanner, atau external hard drive Bermain permainan multiplayer dengan pemain pada komputer dan peranti mudah alih yang lain dalam rumah Game console bersambung dengan Internet Melanggan dan menggunakan VoIP Berinteraksi dengan peranti lain dalam smart home (seperti thermostats, pengawal cahaya dan sebagainya) Home network biasanya kecil, sedia ada dalam struktur tunggal dan menggunakan teknologi wireless. Anda tidak perlu pengetahuan tentang network yang luas untuk mendirikan home network. Anda memerlukan peranti komunikasi seperti router di mana biasan

Komunikasi dan Rangkaian

Image
Wired and Wireless Communication Komunikasi komputer menerangkan satu proses di mana dua atau lebih komputer atau peranti memindahkan (hantar dan terima) data, arahan dan informasi menerusi media penghantaran melalui peranti komunikasi. Peranti komunikasi ialah hardware yang mampu memindahkan item dari komputer dan peranti kepada media penghantaran dan sebaliknya. Contoh peranti komunikasi adalah modem, wireless access point dan router. Router Modem Wired communication sering digunakan dalam bentuk telephone wiring, coaxial cable atau fiber-optic cable untuk menghantar isyarat komunikasi. Biasanya digunakan dalam bangunan atau bawah tanah antara bangunan. Kerana ia lebih mudah dari memasang wayar dan kabel, ramai pengguna memilih wireless communication di mana signal (isyarat) dihantar menerusi udara atau ruang. Contoh teknologi wireless communication termasuk Wi-Fi, Bluetooth, dan cellular radio. Wi-Fi menggunakan radio signal untuk menyediakan Internet

Program dan Aplikasi

Image
Software juga dipanggil program terdiri daripada satu siri arahan yang berkaitan, disusun untuk tujuan yang sama, yang memberitahu komputer apa tugas yang perlu dilakukan dan bagaimana untuk melakukannya. Dua kategori software adalah system software dan application software. System software terdiri daripada program yang mengawal atau mengekalkan operasi komputer dan perantinya. Operating system adalah contoh system software yang diiktiraf secara meluas. Jenis system software yang lain, kadangkala dipanggil tool, membolehkan anda untuk melakukan tugas maintenance-type biasanya untuk mengurus peranti, media, dan program yang diguna oleh komputer dan peranti mudah alih. 1. Operating System Operating system ialah set program yang mengkoordinasi semua aktiviti antara komputer dan hardware peranti mudah alih. Ia menyediakan satu cara untuk pengguna berkomunikasi dengan komputer atau peranti mudah alih dan software lain. Kebanyakan komputer dan peranti mudah alih hari ini menggunakan

Memori dan Storan

Image
Memori dan Storan Memori terdiri daripada komponen elektronik yang menyimpan arahan yang menunggu untuk dilaksanakan dan data yang diperlukan oleh arahan tersebut. Walaupun sesetengah bentuk memori adalah tetap, kebanyakan memori menyimpan data dan arahan secara sementara, bermakna kandungannya dipadam apabila komputer dimatikan (shut off). Storan sebaliknya memegang data, arahan dan informasi untuk kegunaan masa depan. Sebagai contoh, komputer boleh menyimpan ratusan atau jutaan nama pelajar dan alamat secara kekal. Komputer menyimpan data, arahan dan informasi pada storage media. Contoh local storage media termasuklah hard disk, solid-state drive, USB (universal serial bus) flash drives, memory cards dan optical disc. Jumlah storan untuk setiap storage media berbeza, tetapi hard disk, solid-state drive dan optical disc biasanya menyimpan lebih dari USB flash drive dan memory card. Sebahagian storage media adalah mudah alih, bermaksud anda boleh memindahkan medium tersebut dar

Data dan Informasi

Image
Data and Information flow Komputer memproses data (input) kepada informasi (output) dan sering menyimpan data dan maklumat yang terhasil untuk kegunaan pada masa akan datang.Data merupakan koleksi bahan yang belum diproses, iaitu termasuklah teks, nombor, imej, audio dan video. Informasi memberi makna kepada pengguna. Pengguna boleh membuat keputusan yang bermaklumat kerana mereka mempunyai akses segera kepada maklumat daripada mana-mana sahaja di dunia. Banyak aktiviti harian sama ada melibatkan pengunaan atau bergantung kepada informasi dari sebuah komputer. Sebagai contoh, komputer memproses beberapa bahan data untuk mencetak informasi dalam bentuk resit. INPUT Pengguna mempunyai pelbagai pilihan input untuk memasukkan data ke dalam komputer, kebanyakannya melibatkan penggunaan peranti input. Peranti input ialah mana-mana komponen hardware yang membenarkan anda untuk memasukkan data dan arahan ke dalam komputer atau peranti mudah alih. 1. Keyboards Sebua

Mengenali Komputer

Image
PENGENALAN Sebuah komputer merupakan peranti elektronik yang beroperasi di bawah kawalan arahan yang disimpan dalam memorinya yang dapat menerima data (input), memproses data berdasarkan peraturan yang tertentu, menghasilkan informasi (output) dan menyimpan informasi untuk kegunaan pada masa akan datang. Komputer mempunyai banyak komponen elektrik, elektronik dan mekanikal yang dikenali sebagai hardware. Komponen elektronik dalam komputer memproses data menggunakan arahan, iaitu langkah yang memberitahu komputer bagaimana untuk melaksanakan sesuatu tugas tertentu. Koleksi arahan yang berkaitan yang disusun untuk tujuan yang sama dipanggil sebagai software atau program. Menggunakan software, anda boleh menyiapkan pelbagai aktiviti seperti mencari maklumat, menaip surat, mengira perbelanjaan atau bermain game. Salah satu kategori komputer ialah personal computer. Personal computer (PC) merupakan komputer yang boleh melaksanakan kesemua aktiviti input, processing, out