Memori dan Storan

Memori dan Storan

Memori terdiri daripada komponen elektronik yang menyimpan arahan yang menunggu untuk dilaksanakan dan data yang diperlukan oleh arahan tersebut. Walaupun sesetengah bentuk memori adalah tetap, kebanyakan memori menyimpan data dan arahan secara sementara, bermakna kandungannya dipadam apabila komputer dimatikan (shut off).

Storan sebaliknya memegang data, arahan dan informasi untuk kegunaan masa depan. Sebagai contoh, komputer boleh menyimpan ratusan atau jutaan nama pelajar dan alamat secara kekal. Komputer menyimpan data, arahan dan informasi pada storage media. Contoh local storage media termasuklah hard disk, solid-state drive, USB (universal serial bus) flash drives, memory cards dan optical disc. Jumlah storan untuk setiap storage media berbeza, tetapi hard disk, solid-state drive dan optical disc biasanya menyimpan lebih dari USB flash drive dan memory card. Sebahagian storage media adalah mudah alih, bermaksud anda boleh memindahkan medium tersebut dari satu komputer dan menggunakannya di komputer yang lain.

Storage device merekod (writes) dan/atau mendapatkan (reads) item kepada dan daripada storage media. Storage device biasanya juga berfungsi sebagai sumber kepada input dan output kerana mereka memindahkan item dari storan kepada memori dan sebaliknya. Driver dan reader/writer iaitu jenis storage device menerima storage device yang spesifik. Sebagai contoh, DVD drive (storage device) menerima DVD (storage media).

1. Hard Disks

Hard disk ialah storage device yang mengandungi satu atau lebih fleksibel, plat berbentuk bulatan yang menggunakan partikel magnetik untuk menyimpan data, arahan, dan informasi. Seluruh peranti ditutup dengan kedap udara, dan ditutup rapi untuk melindungi dari tercemar. Laptop dan desktop biasanya mengandungi sekurangnya satu hard disk yang dipasang dalam komputer.
Hard Disk

2. Solid-State Drives

Solid-state drive (SSD) ialah storage device yang biasanya menggunakan flash memory untuk menyimpan data, arahan dan informasi. Flash memory mengandungi bahagian yang tidak bergerak, menjadikan ia lebih tahan lama dan tahan gegaran dari jenis media yang lain. Oleh itu, sesetengah pengeluar menggunakan SSD dari menggunakan hard disk dalam laptop, tablet dan desktop.
Solid-State Drive

3. USB Flash Drive

USB flash drive ialah flash memory storage device mudah alih yang anda gunakannya dengan pasang di USB port, ianya istimewa, mudah digunakan. USB flash drive mudah bagi pengguna mudah alih kerana ianya kecil dan ringan, senang untuk dibawa.
USB Flash Drive

4. Memory Card

Memory card ialah flash memory yang boleh dipindahkan, biasanya berukuran tidak lebih dari 1.5 inci untuk tinggi dan lebar. Dengan menggunakan card reader/writer, anda boleh memindahkan item yang disimpan seperti gambar digital dari memory card kepada komputer atau printer yang tidak mempunyai built-in card slot.
Memory Card

5. Optical Disc

Optical disc ialah jenis storage media yang terdiri daripada permukaan rata, bulat, metal disc mudah alih yang dibuat dari logam, plastik dan lakuer yang ditulis dan dibaca oleh laser. CD (compact disc) dan DVD (digital versatile disc) merupakan dua jenis optical disc.
Jenis Optical Disc

6. Cloud Storage

Selain menyimpan data, arahan, dan informasi secara setempat pada hard drive atau media lain, sesetengah pengguna memilih cloud storage. Cloud storage ialah perkhidmatan Internet yang menyediakan storan kawalan jauh kepada pengguna komputer. Jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh penyedia cloud storage berbeza-beza. Sebahagian penyedia menyediakan storage untuk beberapa jenis media seperti gambar manakala yang lain menyimpan apa sahaja kandungan dan menyediakan perkhidmatan backup (sokongan). Backup ialah menduakan kandungan pada storage medium yang anda guna jika berlaku kehilangan, kerosakan atau kemusnahan fail asal. 
Cloud Storage

Comments

Popular posts from this blog