Komunikasi dan Rangkaian
Wired and Wireless Communication
Komunikasi komputer menerangkan satu proses di mana dua atau lebih komputer atau peranti memindahkan (hantar dan terima) data, arahan dan informasi menerusi media penghantaran melalui peranti komunikasi. Peranti komunikasi ialah hardware yang mampu memindahkan item dari komputer dan peranti kepada media penghantaran dan sebaliknya. Contoh peranti komunikasi adalah modem, wireless access point dan router.
Router |
Modem |
Wired communication sering digunakan dalam bentuk telephone wiring, coaxial cable atau fiber-optic cable untuk menghantar isyarat komunikasi. Biasanya digunakan dalam bangunan atau bawah tanah antara bangunan.
Kerana ia lebih mudah dari memasang wayar dan kabel, ramai pengguna memilih wireless communication di mana signal (isyarat) dihantar menerusi udara atau ruang. Contoh teknologi wireless communication termasuk Wi-Fi, Bluetooth, dan cellular radio.
- Wi-Fi menggunakan radio signal untuk menyediakan Internet berkelajuan tinggi dan network connection kepada komputer dan peranti yang mampu berkomunikasi melalui Wi-Fi. Kebanyakan komputer dan peranti mudah alih seperti smartphone dan portable media player boleh berhubung dengan rangkaian Wi-Fi.
- Bluetooth menggunakan isyarat radio berjarak pendek untuk membolehkan komputer dan peranti yang Bluetooth-enabled untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Sebagai contoh, Bluetooth headset membenarkan anda untuk berhubung dengan Bluetooth-enabled phone kepada headset secara wireless.
- Cellular radio menggunakan cellular network untuk membolehkan Internet berkelajuan tinggi disambung kepada peranti yang mempunyai teknologi bersesuaian seperti smartphone. Penyedia cellular network menggunakan kategori 3G,4G dan 5G untuk menunjukkan kelajuan penghantaran, dengan 5G merupakan yang paling pantas.
Network
Network adalah koleksi komputer dan peranti yang berhubung bersama, kebiasaannya secara wireless melalui peranti komunikasi dan media penghantaran. Network membenarkan komputer untuk berkongsi resource seperti hardware, software, data dan informasi. Berkongsi resource menjimatkan masa dan wang. Dalam banyak network, satu atau lebih komputer akan bertindak sebagai server. Server mengawal akses kepada resource pada network. Komputer yang lain pada network setiapnya dipanggil client meminta resource dari network. Perbezaan ketara antara server dan komputer client ialah server biasanya mempunyai lebih tenaga, ruang storan, dan keupayaan komunikasi berkembang.
Banyak rumah dan perniagaan serta sekolah menjadian komputer dan peranti mereka network. Kebanyakannya membenarkan pengguna untuk menghubungkan komputer mereka dengan network secara wireless. Pengguna sering disuruh untuk sign in atau log on kepada network iaitu mereka memasukkan user name dan password untuk mengakses network dan resource-nya.
Network Diagram |
Comments
Post a Comment