Data dan Informasi

Data and Information flow

Komputer memproses data (input) kepada informasi (output) dan sering menyimpan data dan maklumat yang terhasil untuk kegunaan pada masa akan datang.Data merupakan koleksi bahan yang belum diproses, iaitu termasuklah teks, nombor, imej, audio dan video. Informasi memberi makna kepada pengguna. Pengguna boleh membuat keputusan yang bermaklumat kerana mereka mempunyai akses segera kepada maklumat daripada mana-mana sahaja di dunia.

Banyak aktiviti harian sama ada melibatkan pengunaan atau bergantung kepada informasi dari sebuah komputer. Sebagai contoh, komputer memproses beberapa bahan data untuk mencetak informasi dalam bentuk resit.



INPUT

Pengguna mempunyai pelbagai pilihan input untuk memasukkan data ke dalam komputer, kebanyakannya melibatkan penggunaan peranti input. Peranti input ialah mana-mana komponen hardware yang membenarkan anda untuk memasukkan data dan arahan ke dalam komputer atau peranti mudah alih.

1. Keyboards

Sebuah keyboard mempunyai keys yang anda tekan untuk memasukkan data dan arahan ke dalam sebuah komputer atau peranti mudah alih. Semua desktop keyboard mempunyai kawasan menaip termasuk huruf, nombor, tanda baca, dan key asas yang lain. Sesetengah pengguna lebih suka menggunakan wireless keyboard kerana tidak menggunakan wayar.

Keyboard untuk desktop mengandungi lebih banyak key dari keyboard pada komputer atau peranti mudah alih. Untuk memberikan fungsi yang sama dengan keyboard desktop, banyak key pada komputer dan peranti mudah alih mempunyai dua atau tiga tujuan. Pada laptop sebagai contoh, anda lebih suka menggunakan keys yang sama untuk menaip nombor dan menunjukkan pelbagai bidang pada skrin, menukar tujuan sesuatu key dengan menekan key yang lain.

Sebaliknya pada keyboard fizikal, pengguna juga boleh memasukkan data melalui keyboard pada skrin atau keyboard maya (virtual keyboard).
Keyboard


2. Pointing Devices

Pointing device ialah peranti input yang membenarkan pengguna untuk mengawal simbol kecil pada skrin yang dipanggil pointer.
Desktop biasanya menggunakan mouse sebagai pointing device mereka, dan laptop menggunakan touchpad.

Mouse merupakan pointing device yang sesuai di bawah tapak tangan anda dengan selesa. Dengan mouse, anda mengawal pergerakan pointer dan menghantar arahan kepada komputer atau peranti mudah alih. Seperti keyboard, sesetengah pengguna lebih suka bekerja menggunakan wireless mouse.

Mouse
Touchpad ialah peranti yang kecil, rata, bersegi empat yang sensitif kepada tekanan dan pergerakan. Untuk mengawal pointer menggunakan touchpad, gelongsorkan hujung jari anda di atas permukaan pad.
Touchpad

3. Voice and Video Input

Sesetengah peranti mudah alih dan komputer membolehkan anda untuk bercakap data dan arahan menggunakan voice input dan merakam imej pergerakan penuh secara langsung menggunakan video input. Dengan telefon pintar anda sebagai contoh, anda mungkin boleh menggunakan suara anda untuk menghantar mesej teks, menetapkan temujanji dan mendial nombor telefon. Anda juga mungkin mempunyai pilihan untuk membuat video call selain membuat voice call.

Mikrofon ialah peranti input yang membolehkan anda untuk bercakap melalui komputer atau peranti mudah alih. Banyak komputer dan peranti mudah alih mempunyai mikrofon yang siap dibina (built-in microphone). Anda juga boleh bercakap melalui headset, yang mengandungi mikrofon dan speaker. Banyak headset boleh berhubung tanpa wayar dengan komputer atau peranti mudah alih.
Headset
Webcam ialah digital video (DV) kamera yang membenarkan anda merakam input video dan kebiasaannya input audio untuk komputer atau peranti mudah alih anda.
Webcam

4. Scanners

Scanner ialah peranti input light-sensing yang menukar teks dan imej yang dicetak kepada satu bentuk yang boleh diproses oleh komputer. Jenis scanner yang terkenal berfungsi sama seperti cara mesin photostat kecuali hasilnya adalah dokumen atau gambar elektronik yang disimpan sebaliknya mesin photostat menghasilkan kertas salinan dokumen atau gambar.
Scanner

OUTPUT

Pengguna mempunyai pilihan output untuk menyampaikan teks, grafik, audio, dan video. Peranti output merupakan komponen hardware yang menyampaikan informasi dari komputer atau peranti mudah alih kepada satu atau lebih pengguna.

1. Printers

Printer ialah peranti output yang menghasilkan teks dan grafik di atas medium fizikal seperti kertas. Kandungan yang dicetak kadangkala dirujuk sebagai hard copy atau printout. Kebanyakkan printer hari ini mencetak teks dan grafik dalam black-and-white dan warna pada pelbagai jenis kertas dengan kebolehan mencetak gambar lab-quality. Pelbagai printer menyokong wireless printing, di mana komputer atau peranti lain berkomunikasi secara wireless dengan printer.
Printer
 3-D printer mampu mencetak objek pepejal seperti pakaian, prostetik, eyewear, implan, permainan, bahagian sesuatu objek, prototaip dan banyak lagi. 3-D printer menggunakan bahan plastik yang mencetak dalam bentuk lapisan untuk mencipta 3-D (tiga dimensi) model.

3-D Printer

2. Display

Display merupakan peranti output yang secara visual menyampaikan informasi teks, grafik dan video. Display terdiri daripada skrin dan komponen yang menghasilkan informasi pada skrin. Display untuk desktop biasanya ialah monitor iaitu peranti yang diasingkan secara fizikal.
Display

Home user kadangkala menggunakan digital television atau Smart TV sebagai display. Smart TV merupakan high-definition television (HDTV) yang berkebolehan berhubung dengan Internet di mana anda boleh menggunakan Internet untuk menonton video, mendengar radio dan bermain permaianan video.
Smart TV

Comments

Popular posts from this blog