Mengenali Komputer

Pengenalan terhadap komputer


PENGENALAN


Sebuah komputer merupakan peranti elektronik yang beroperasi di bawah kawalan arahan yang disimpan dalam memorinya yang dapat menerima data (input), memproses data berdasarkan peraturan yang tertentu, menghasilkan informasi (output) dan menyimpan informasi untuk kegunaan pada masa akan datang. Komputer mempunyai banyak komponen elektrik, elektronik dan mekanikal yang dikenali sebagai hardware.

Komponen elektronik dalam komputer memproses data menggunakan arahan, iaitu langkah yang memberitahu komputer bagaimana untuk melaksanakan sesuatu tugas tertentu. Koleksi arahan yang berkaitan yang disusun untuk tujuan yang sama dipanggil sebagai software atau program. Menggunakan software, anda boleh menyiapkan pelbagai aktiviti seperti mencari maklumat, menaip surat, mengira perbelanjaan atau bermain game.

Salah satu kategori komputer ialah personal computer. Personal computer (PC) merupakan komputer yang boleh melaksanakan kesemua aktiviti input, processing, output dan storage dengan sendiri dan bertujuan digunakan oleh seorang pengguna pada satu masa. Kebanyakan personal computer pada hari ini juga dapat berkomunikasi dengan komputer atau peranti lain. 



SERVERS

Server merupakan komputer yang dikhususkan untuk menyediakan satu atau lebih perkhidmatan kepada komputer atau peranti yang lain pada sebuah rangkaian. Rangkaian (network) merupakan koleksi komputer dan peranti yang berhubung bersama secara wireless. Perkhidmatan yang disediakan oleh server termasuk menyimpan kandungan dan mengawal akses kepada hardware, software dan sumber lain pada network.

Sebuah server boleh menampung dua hingga beberapa ribu komputer dan peranti yang dihubungkan dalam masa yang sama. Server terdapat dalam beberapa saiz dan jenis untuk perniagaan kecilan atau syarikat besar. High-end desktop kadang-kadang digunakan sebagai server oleh syarikat kecil atau rumah. Korporat yang besar, kerajaan dan aplikasi web menggunakan server yang kuat dan mahal untuk menyokong operasi harian mereka.

Pengenalan kepada server

Comments

Popular posts from this blog